Sapura mahu menjadikan pertembungan dengan pasukan di tangga kedua tercorot Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia (LHM) Remaja Kebangsaan hari ini sebagai detik kebangkitan untuk mencabar dominasi pendahulu Ernst & Young (E&Y).
Dengan ramalan tiga mata mudah bakal diraih ke atas pasukan Remaja Kebangsaan yang hanya menang sekali dalam empat perlawanan setakat ini, Sapura mampu memintas TNB di tangga kedua tetapi ia bergantung jika TNB tewas kepada E&Y.
Jurulatih Sapura, K. Embaraj berkata, pasukannya mengharapkan tiga mata penuh dapat pungut dalam perlawanan hari ini ke atas pasukan lawan yang mencatat pencapaian sederhana setakat ini.
Katanya, pasukan Sapura yang diperkuatkan oleh bekas pemain kebangsaan Maninderjit Singh akan cuba memberikan beraksi terbaik.
''Kita tidak memandang rendah kemampuan pasukan Remaja Kebangsaan walaupun prestasi mereka tidak begitu konsisten. Mereka kurang menyerlah kerana gagal menghimpunkan para pemain terbaik namun siapa tahu mereka mampu melakukan kejutan jika kami alpa.
''Kami tetap akan berhati-hati dan menganggap keputusan perlawanan esok (hari ini) cukup penting untuk kami memperbaiki kedudukan bagi mencabar penguasaan E&Y.
''Kami mahu memastikan tidak keciciran mata di dalam setiap perlawanan kerana hanya dengan cara itu Sapura dapat menyaingi pasukan kelompok teratas,'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sapura kini di tangga ketiga Divisyen 1 LHM dengan mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan sekali seri.
Sementara itu, ketua pasukan Sapura, Maninderjit berkata, dia sudah bersedia untuk menyahut cabaran mengutip tiga mata dalam perlawanan hari ini.
Namun katanya, kecederaan lutut yang dialaminya sedikit membimbangkan kerana ia mungkin akan menjejaskan permainannya.
''Saya berharap dapat beraksi esok walaupun dibelenggu kecederaan demi memastikan pasukan dapat meraih tiga mata yang kami harapkan," katanya.
Friday, November 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment