KUALA LUMPUR – Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) semalam memutuskan Malaysia sebagai tuan rumah baru Trofi Juara-juara (lelaki) dari 29 November hingga 9 Disember ini selepas memindahkannya dari Lahore, Pakistan atas sebab keselamatan pada 12 September lalu.
Presiden FIH, Els van Breda Vriesman berkata dalam laman web rasmi, kejohanan itu akan dilangsungkan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Trofi Juara-juara kali ini turut disertai lapan pasukan yang bersaing satu kumpulan berbanding enam sebelumnya. Malaysia pernah menjadi tuan rumahnya pada 1993.
Enam pasukan asal kejohanan ini iaitu Australia, Jerman, Korea Selatan, Belanda, Pakistan dan Sepanyol, dikekalkan dan akan disertai oleh Malaysia dan Great Britain.
Kata Vriesman, FIH tetap mengundang Pakistan demi menebus pembatalan hak tuan rumah mereka manakala Great Britain dipilih kerana pencapaiannya di tangga kelima Piala Dunia 2006 dan Malaysia layak automatik selaku tuan rumah.
Friday, September 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment