NEW DELHI – India yang berjaya mempertahankan gelaran juara hoki Piala Asia dengan kemenangan 7-2 keatas Korea Selatan Ahad lalu membawa keyakinan baru menjelang Sukan Olimpik Beijing tahun depan.
Jurulatihnya, Joaquim Carvalho kini menyimpan impian yang besar untuk menghadapi temasya itu.
Pasukan tuan rumah itu mengejutkan juara Sukan Asia sekali gus melengkapkan rekod tanpa kalah, satu pencapaian yang menebus kehampaan mereka selepas beberapa kali mengalami kekecewaan.
Carvalho memuji tahap kecergasan dan semangat berpasukan para pemainnya dengan bekas juara dunia itu berjaya menghimpun 57 gol dan hanya melepaskan lima gol dalam tujuh perlawanan, menewaskan Korea Selatan dua kali dan menyingkirkan pemenang pingat perak Sukan Asia, China sebelum bergelar juara.
Juara Olimpik sebanyak lapan kali itu buat pertama kali gagal memenangi sebarang pingat pada Sukan Asia di Doha, Qatar tahun lalu apabila menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam Piala Dunia, menduduki tempat keenam Sukan Komanwel 2006 dan Trofi Juara-Juara di tempat sendiri.
Stadium dipenuhi 10,000 penonton sewaktu perlawanan akhir – suasana yang sekian lama jarang dilihat dalam sukan hoki selepas kriket mengambilalih sebagai sukan utama pada pertengahan tahun 1980-an.
‘‘Kami memiliki sedikit mantra. Larian yang pantas, melakukan tackle dan memberi tekanan terhadap lawan. Pada masa yang sama, kami tidak menghormati lawan. Kami menghormati mereka tanpa melupakan keupayaan diri,” katanya.
Pasukan itu menampakkan peningkatan yang ketara sejak Carvalho mengambilalih tugas jurulatih pada Mac lalu.
Dengan pusingan kelayakan Olimpik ke Beijing masih berlangsung, India kini tertekan untuk menghasilkan pencapaian terbaik berikutan tindakan kerajaan yang menyisihkan hoki daripada sukan teras untuk mendapatkan peruntukkan tambahan selepas igauan buruk pada Sukan Asia.
Bekas pemain pertahanan, Carvalho mendapat pujian menggunung berikutan kejayaannya menyuntik kembali semangat para pemain, yang sebelum ini sering dipersalahkan kerana kurang bekerja sama dan tidak cergas.
‘‘Saya mahukan para pemain sedar bahawa mereka memiliki kemahiran dan keyakinan tetapi mereka perlu bekerja keras dan tidak hanya bergantung kepada kemahiran individu,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menggesa para pemainnya agar memberi tumpuan dan mengelak daripada kekecewaan terlepas aksi Olimpik buat kali pertama.
India perlu memenangi satu daripada tiga kejohanan kelayakan yang akan berlangsung awal tahun depan untuk layak ke Beijing dan persiapan mereka mungkin lebih bermakna jika penganjuran kejuaraan elit, trofi Juara-Juara diberikan kepada negara itu.
Dijadualkan berlangsung di Pakistan Disember ini, kebimbangan terhadap masalah keselamatan mungkin memaksa penganjur memindahkan kejohanan itu samada di India atau Malaysia, yang menjadi venue pilihan.
Wednesday, September 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment