Kuantan, Pahang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan hoki Piala Razak dari 26 Oktober hingga 4 November ini sebagai merayakan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang dan bukan lagi di ibu kota seperti yang dijadualkan sebelumnya.
Sumber Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) berkata, dua gelanggang berumput polygrass di Stadium Hoki Sukpa dan Kompleks Sukan Bandar Indera Mahkota akan digunakan bagi kejohanan 10 hari itu sekali gus menggantikan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Beberapa minggu lalu, gelanggang di Kuantan didapati tidak memenuhi syarat pertandingan tetapi pemeriksaan sejak Isnin lalu oleh dua pegawai berpengalaman, Datuk G. Vijiyanathan dan C. Paramalingam memberikan kelulusan untuk melangsungkan Piala Razak di situ.
Kejohanan kali ini turut mengundang Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia yang berpeluang menjadikannya persediaan ke Sukan SEA Korat, Disember ini apabila hoki dipertandingkan semula sejak 2001.
Piala Razak tahun lalu berlangsung di Johor Bahru dengan Johor merangkul gelaran Bahagian Satu dengan menewaskan Melaka 5-1 sementara Perak membenam Selangor 4-0 sebagai juara Bahagian Dua.
Wednesday, October 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment